Burung Budgie atau Baji atau nama sebenarnya Budgerigar merupakan sejenis burung kakaktua daripada keluarga Parakeet yang mana ianya mempunyai saiz badan yang kecil dengan ekor yang panjang dan tidak memiliki sebarang bulu mahkota atau jambul dibahagian kepalanya. Terdapat 2 kategori burung budgie. Kategori pertama bersaiz kecil dan berasal dari negara Australia, manakala kategori kedua bersaiz besar dan dikenali sebagai English Budgie yang mana ianya dipercayai baka yang berasal dari Australia tetapi telah dipertingkatkan di England. Sebagaimana burung daripada keluarga kakaktua yang lain, burung Budgie juga hidup secara berpasangan dan berkumpulan. Pengenalan jantina bagi burung Budgie adalah lebih mudah ditentukan setelah umurnya telah matang. Secara umumnya, yang jantan mempunyai bonjolan pada pangkal paruh berwarna biru , manakala yang betina berwarna putih atau coklat pudar dan boleh bertukar menjadi coklat sekiranya ia sedang bertelur. Bagi burung yang masih muda dan belum matang, benjolan pada paruh kedua-dua jantina adalah berwarna pink. Kebiasaannya, burung yang betina mampu mengeluarkan telur sekitar 4-8 biji sepusingan. Manakala proses pengeraman telurnya pula akan mengambil masa sekitar 18 hari. Hanya burung Budgie betina sahaja yang akan melakukan pengeraman, manakala yang jantan akan menjaga diluar sarang dan memberi makan kepada yang betina. Berbanding burung Budgie liar yang membuat sarang didalam rongga atau lubang pada pokok yang bersaiz besar, kebanyakan pemilik burung Budgie menggunakan kotak kayu atau tempurung kelapa yang ditebuk sebagai sarang tempat ianya bertelur. Burung jenis ini sangat popular dipelihara sebagai haiwan hiasan dan ianya menduduki tangga ke-3 didunia selepas anjing dan kucing.
Induk betina yang sedang mengeram.
Telur burung budgie.
PEMBIAKAN BURUNG BUDGIE.
Burung Budgie yang dipelihara didalam sangkar atau reban kebiasaannya mampu membiak sepanjang tahun. Sebagaimana burung jenis nuri yang lain, burung budgie juga hidup secara berpasangan atau monogami. Tempoh matang bagi burung budgie pula adalah seawal usia 5 bulan, dan mula bertelur pada usia sekitar 6 bulan. Bagi menyediakan sarang sebagai tempat ianya bertelur, boleh menyediakan beberapa biji tempurung kelapa yang dilubangi dan juga kotak kayu. Walaubagaimanapun, burung-burung budgie lebih suka memilih sarang yang dibuat daripada tempurung kelapa. Untuk makluman, sarang tempurung kelapa juga adalah lebih baik berbanding sarang kotak kayu kerana kesemua telur-telur yang terdapat didalamnya akan berkumpul disatu tempat dan tidak akan berselerak sepertimana yang sering terjadi kepada sarang kotak kayu. Selain daripada itu, ia juga lebih efektif dalam proses pemerangkapan haba. Didalamnya pula saya isikan dengan sedikit habuk kayu atau sisa ketaman kayu yang bersaiz kecil sebagai alas. Masalah utama penggunaan sarang tempurung adalah dari segi pemantauan telur-telur dan anak-anak yang menetas. Kita akan mengalami kesukaran untuk melihat perkembangan telur-telur atau anak-anak yang terdapat didalam sarang tempurung tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya diletakkan ditempat yang lebih tinggi daripada paras kepala kita atau saiz pintu reban yang dibuat terlalu kecil.Proses pengambilan gambar ini hanya boleh dilakukan semasa induk betina yang berada didalam sarang keluar daripada sarangnya.Manakala penggunaan kotak kayu yang mempunyai pintu adalah lebih mudah untuk kita membuat pemantauan.

BUDGIE BABY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan